Salam Ramadhan & Tadarus Al Quran
18 Mei 2019 | Aktiviti TerkiniPada 17 Mei 2019, Pusat Internet telah menganjurkan satu program bersempena bulan Ramadhan iaitu Program Salam Ramadhan & Tadarus Al Quran. Program tersebut merupakan program tahunan anjuran PI Gong Kulim apabila tiba bulan Ramadhan. Kelebihan program ini ialah dapat membantu peserta untuk memperbaiki bacaan al quran mereka dengan betul,tepat dan jelas yang akan dipantau oleh bilal masjid Mukim Gong Kulim. Ahli PI juga dapat mengisi msa lapang mereka dengan perkara yang berfaedah semasa bulan Ramadhan Al Mubarak. Program ini juga dapat mengeratkan hubungan silaturahim diantara staf PI dengan komuniti sekitar. Program ini telah disertai seramai 14 orang ahli PI yang terdiri daripada pelajar sekolah rendah dan sekolah menengah.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: